Sunday, January 9, 2011

MATLAMAT 2011 YANG ‘SMART’


Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusuf dalam buku mereka, Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah memberi tip ‘SMART’ untuk menghasilkan matlamat yang berkesan;

a) S: Spesifik, A: Anggar Memperincikan matlamat dan mampu diukur. Contohnya menabung 10% pendapatan bulanan setiap bulan. Jadi kalau pendapatan RM4,000, jumlah tabungan bulanan ialah RM400, yang mana selama setahun akan menghasilkan jumlah keseluruhan RM4,800!

b) M: Menarik Matlamat yang mampu membakar semangat anda. Matlamat tersebut mesti mempunyai kebaikan untuk diri anda, keluarga dan masyarakat. Ia juga sepatutnya mampu membangkitkan perasaan ghairah untuk mencapainya. Contoh, untuk meningkatkan pendapatan bulanan sehingga RM7,000 sebulan! Ataupun untuk ‘score’ 12A dalam peperiksaan SPM 2011! Menarik bukan?

c) R: Ransang dan regang Matlamat tersebut mampu mencabar kemampuan anda. Contoh, untuk mendapatkan ‘passive income’ RM5,000 sebulan, merangsang dan mencabar kan? Bill Gates bermula dengan menetapkan matlamat ‘sebuah komputer di atas setiap meja, di dalam setiap rumah’!

d) T: Tulis
Matlamat perlu direalisasikan daripada ruang pemikiran kita ke atas kertas! Kajian di Universiti Yale pada tahun 1953, hanya 3% pelajar menulis matlamat mereka, sementara 97% tidak menulisnya. Kajian susulan 20 tahun kemudian mendapati pendapatan keseluruhan 3% pelajar yang menulis matlamat adalah lebih besar berbanding pendapatan keseluruhan 97% yang tidak menulis matlamat! Hebat sekali kesan menulis matlamat yang jelas bukan?
Kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri dan merencanakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2011 nanti. Itu yang lebih penting berbanding berpusu-pusu menanti detik 2011 yang bercampur gaul dengan sambutan ala orang-orang barat. Tahun baru membawa erti diri ini semakin hampir dengan kematian.

Sumber artikel : http://mohamadazhan.blogspot.com/2010/12/selamat-tahun-baru-2011-apa-hukum.html

0 comments: