Friday, June 24, 2011

the New me..hehe




Thursday, June 23, 2011

goo hye sun @geum jandi!

Assalammua'laikum semua








Today I want to share the biography of a famous Korean actress.I love her! she is an artist who is acting in the drama Boy Over Flowers as a Geum Jandi .. was born November 9, 1984 and she also dabbles in directing, writing, illustrating, singing and composing.she is an artist COME OUT with talent.I like her acting, song, and her talent in any art she have.She is really beautiful and cute actress ..

Thursday, June 16, 2011

dating with abah!





Monday, June 6, 2011

misi ke perkahwinan bff ku 28hb Mei 2011,irwani part1

Assalamualaikum teman2...huhu

27hb Mei 2011 aritu aku pegi KL dengan Noraasikin my best friend naik bas serimaju..thanks to norhafizah and haliza azura for sending us to the bus stop kangar,perlis.Sayang korang lebey..Bertolak pkul 10.30mlm dan alhamdulillah sampai KL dalam pukul 5lebih pagi kat hentian Pudu.Sementara menunggu my sayang Dil datang amik kami berdua,terlebih dahulu kami solat subuh kt situ.

selepas Mr D sygku amik kami,kami pergi breakfast dulu kat kg Pandan..Dia nak tnjuk jalan tempat sahabatku irwani melangsungkan perkahwinan kat kg pandan jaya.Dah breakfast roti canai,sedapp..hihi then he show me the way to irwani's house..Dekat je rupanya,then aku n nora menginap hotel D'palma dekat Ampang.Lagipun dekat dengan kenduri tu.Hurm..Check in ngan nora pukul 12.30pm..Wah,da terlambat nak pergi knduri tu.Mandi laju2,iron baju kurung,n solat..nasibla boleh jamak.My rumet tengah waiting kat umah irwani bersama her fiance and eppy pun ada..

Jalan MR2 jam giler.Tapi gagahkan juga pergi tempat tu..Nasibla ada Mr D ikut skali..Sayang die..and ada best2 friend nora temankan,cayang nora...sampai2 nak dekat 2.30pm.Irwani tengah potong cake with her hubby.Sweet sangat dorang pakai baju pengantin color purple.Happy sangat dapat jumpa rumet,her fiance,eppy,wahida n aqilah..makan2 pun sedap..


terasa diri yg lemah..

Assalammua'laikum kawan2..

Kebelakangan ni badan rasa lemah je xbermaya..aku pergi check doctor rupanya kurang darah..HB darah berada dibawah paras sepatutnya..Dugaan smua ni..Doctor amik darah untuk test thalassemia.Result after 1month 22hb june ni dapatlah resultnya..Aku doa sgt2 aku bukan pesakit thalassemia..Ya Allah,minta dijauhkan segala penyakit berat tapi andai penyakit2 yg aku terima dapat mengurangkan dosa2ku,aku redha..

Dan aku akan cuba makan makanan yang berkhasiat dan boleh tambahkan darah...insyaAllah!Sahabat2 sekalian,doakan kesihatan zaza ye..hanya Allah lah yang dapat membalasnya..syukran..

Tuesday, April 26, 2011

Besday Saye..yg ke26..

Assalamualaikum smua...






Alhamdulillah pd 15hb April 2011 aritu telah genaplah umur aku yg ke 26..alhamdulillah syukur yg teramat sgt pd Allah Subhanahuwataa'la sebab Dia lah aku masih bernafas hingga ke hari ni..Ya Allah,dgn pertambahan umur atas izinMu ini,aku sedar bekalan aku masih blum cukup utk dibawa ke akhirat.Aku hambaMu yg byk melakukan kesalahan namun aku cuba untuk berubah ke arah yg lebih baik..insyaAllah..

Pada 19hb April juga seorg hamba Allah yg aku sgt syg iaitu mr D dtg utk meraikan my birthday!Yeay,amik die dr airport ngn housemates nora,pijah, n za then kami terus berjalan2 makan angin bersama si dia tersyg dan housematesku yg aku syggg...hihi..

Friday, March 25, 2011

happy 8th anniversary to me n him...


i know him since 8years ago until now..hopefully my relationship with him till the end of my life..amin..do pray for our happiness,insyaAllah if the time has come,with Allah wills we getting married soon..amin..i Love My Dil always.... =)

Tuesday, March 15, 2011

sementara diri ini masih laGi bernafaS..

Assalamua'laikum kwn2...




Alhamdulillah sehingga hari ni aku masih lagi bernafas..dah lama xmeng'update' blog..bukannya ape,xde idea nak story..takpela,hari ni aku nk berkongsi serba sedikit perasaan diri ini sbgai hamba Allah yang kamil..

Setiap hari kita bangun dari tidur mesti ada dikalangan kita xmengucapkan syukur kan?Kenapa perlu bersyukur?Sebab kita diberi kesempatan utk bernafas lagi..Huhu..kadang2 aku pun mcm tu tapi insyaAllah aku cuba semaikan dlm hati ni untuk sentiasa membaca doa kesyukuran pada Illahi kerna beri aku peluang untuk hidup sekali lagi after mati kecil (tidur)..

Malah bukan setiap kali bangun tidur,waktu makan,minum,solat,mandi,berjalan2,dan lain2 aku kadang2 terlupa xhengat dunia bahwa Dia sentiasa bersamaku...masyaAllah..khilafnya aku..selalu dalam doa,aku slalu minta ampunkan segala dosa2 ku dan terasa kerdilnya diri ini..ishk3..korg dapat rasa tak macam apa yg ku rasa?if xrasa mcm yg aku rasa,aku rasa korg perlu lebih kusyuk waktu solat..(cehh,macam la aku slalu kusyuk dlm solat,tapi setiap waktu aku cuba tuk kusyuk dan sememangnya syaitan tu slalu gnggu kita supaya xkusyuk dlm solat..)cara menepis gangguan syaitan ialah dgn membaca astaghfirullahhala'zim 3x..insyaAllah xdiganggu dan cuba selami diri betul2 yg kita sekarang menghadap Allah dan berasa dekat denganNya..insyaAllah...aku pun try byk kali...alhamdulillah,rata2 solatku kusyuk..

Tu cite bab solat,jika lihat dunia skrg ni macam2 bencana alam,masalah yang berlaku..itu semua adalah ketentuanNya..almaklumla manusia sekarang berlagak pandai..semua nk buat,nak cuba,tanpa memikirkan akibatnya..dengan maksiat,xtau beza haram dan halal,masjid sekadar perhiasan,hidup bertuhankan duniawi,dah xde perasaan malu,byk gambar2 pornografi,bunuh2,rogol,buang anak itu semua masyaAllah..aku dulu xlah baik sangat tapi alhamdulillah sekarang beransur ke arah kebaikan..doakan aku btul2 jadi wanita solehah..amin..mmg semua orang xakan sempurna sifatnya tapi cubalah untuk berubah sedikit demi sedikit..

Wahai sekalian kwn..jika sum1 nasihat benda baik,cubalah terima dgn positif..jgn berlagak dan ego..pernah tengok la ada dalam FB salah seorg Photographer yg dah lanjut usianya ambil gambar pompuan cekci2 maut..wah bukan mainla lelaki2 mengomen gambar die,pastu adalah salah seorg sahabat dia komen,"sepatutnya pic macamni xpatut diambil,dosa"...then tau tak empunya diri FB tu jwb apa?Ni jwpnnya,"bro,kalau rasa nak ceramah kat sini,xpayah jadi friend aku..boleh get lost!"...wawawa...sebab komen macam tu pun nak putus kawan ke?Perghhh....mesti da kena remove org tu dari friendlist die..ciann...

Hmm,cuba kita fikir balik..kdg2 kita pun macam tu gak..xleh org komen pedas skit..hihi..mcm aku dlu la..skrg aku berfikiran positif..kaji balik nasihat dia tu..ada btulnya Broooooo...ada satu lagi la manusia ni kadang2 menilai org yg bagi nasihat tu dulu sama ada org alim atau x..if bukan ustaz or ustazah xpayahla beri nasihat tentang agama..actually,xbtul tu..sekurang2nya dalam diri dia tau benda tu salah..tak perlu la kita kata "diri sendiri pun bknnya baik sgt,nak nasihat org"..hihi..fikir logik la,if org tu buat salah depan mata,kita kena cari ustaz or ustazah utk nasihat time tu jugak..mana nak cari,if ramai mana2 tempat ada xpela..cubalah muhasabah diri tu ckittttttttt....degil,ego,xmo dengar nasihat org..(huhu..marahnya diriku ini..astaghfirullah),tapi cubalah renung2kan dan selamat beramal =)


Wassalam....

Sunday, February 27, 2011

~::*BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK*::~


♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.


Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?Kira merasakan akan *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *


semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

Ambil Hikmah sebuah Pengalaman


✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik

✩ B uang yang buruk

✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

Tuesday, February 15, 2011

Perasaan Cinta thadap Allah,Rasulullah,Family,My Dil and friends..


i love Allah Subhanahuwataa'la....

i love Rasulullah s.a.w

and i love them...




and lots of friends that i ever have....


Monday, February 14, 2011

Pengertian Maulidur Rasul Muhammad s.a.w


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul untuk semua……….

sumber dari: http://www.facebook.com/home.php?ref=home#!/notes/bicara-ad-din/pengertian-maulidur-rasul-muhammad-saw/199331920077048

Thursday, February 10, 2011

Ujian dari Allah utk kita


telah bermacam2 ujian yang kita terima selagi kita hidup di dunia ni..tapi seberat-berat ujian yg Allah SWT bagi kat kita xpernah kita xjumpa jalan penyelesaian dan yang pasti Allah mahu melihat hamba2Nya berusaha mencari jalan penyelesaian..kadang2 aku terfikir apabila ujian atau masalah yang menimpa kita,kita selalu akan merasa sedih,marah,putus asa dan sebagainya..perkataan yang slalu keluar dari mulut kita contohnya "aduh peningla,macammana ni?,aku xde idea nak settle mcmana,habisla aku" dan lain2 lg la..cuba berfikir sejenak,apa kata kita tukar perkataan yg keluar dari mlut kita dgn ayat sedemikian "insyaAllah boleh settle,daripada aku pening2 mcmni lebih baik aku try solve this problem,hey be cool dont panic..."mcm2 la perkataan positif yg boleh kita serapkn utk memotivasikn diri agar xmudah putus asa dan bersedih2..

jika kamu semua ditempat aku skrg ni,adakah kamu akan mengeluh,bersedih dan berputus asa?buat masa skrg ni aku xpernah mngeluh apa2 cuma ada sedikit kesal atas sikap diri sendiri sebab xbegitu bersemangat nk siapkan theses...benda mudah tp jadi susah,so jangan bersikap seperti aku..aku skrg in processto be hardworking student..perlu memotivasikan diri..dah settle semua ni sape yg rasa gembira dan senang hati?mestilah aku dan fmly aku..tak gitu?hehe..

for your information,on 30th January 2011..segamat telah terkena banjir..ini bermakna rumah kami di segamat turut ditenggelami air..ini merupakan 1 lagi ujian yg aku terima.As usual bila dah kena banjir ni perlula membersihkan rumah yang sememangnya penuh lumpur serta barang2 di dalam umah xperlu nak citer panjang mmg rata2 musnah..jadi aku xdapat nk pulang awal ke segamat coz aku n my housemates haliza azura n nor hafizah telah menempah tiket flight pada 1hb Feb 2011 dari alor star ke Kl...naik Air asia "now everyone can fly"..hehe...memandangkan hari pertunangan sahabat baik aku iaitu noraasikin nasir pd 3hb feb so aku belum lagi berniat utk ke segamat membantu fmly aku membersihkan rumah kami di segamat..pheww...after the engagement day,aku trus ke segamat with my brother azrul azis..

Allah tu Maha Berkuasa,dgn sekelip mata je 1 segamat banjir..mcm lautan..alhamdulillah xlah seburuk bencana seperti yg dialami negara2 luar kan?kita patut bersyukur duduk kat malaysia ni..oklah ada sedikit gmbaran banjir buat tatapan kwn2 dan pembaca blog di luar cna..perlu ingat ujian mcmana pun yg dtg melanda diri kita,perlu hadapi dgn tenang dan jgn panik...ini muhasabah utk diriku juga..

assalammua'laikum...

..

VisitinG aBah...



Today we visited my abah .. alhamdulillah he has now recovered gradually .. but he is not able to walk because there is a plugged tubes in the right thigh .. now mom spent the night there to take care of my abah .. I hope my father is now a speedy recovery .. I took over the role as a mom at home .. I have to cook, clean house, pick up my younger sister returned from school..

i miss my abah very much..get well soon abah..cian my mom tido kt hospital...suppose to be me taking care of abah but my mom insisted to be with him..luv u mama...thanks to all my friends and readers for your wishes and pray for my abah..much appreciate!muchas graciass!!!muahh...

Wednesday, February 9, 2011

doakaN abah aku cePat sembUh



Assalamua'laikum smua..hari ni 9hb feb abah aku kena masuk ward coz esoknya ada operation jntung..angio jntung..mohon jasa baik rakan2,pembaca dan smua lah mendoakan agar abah aku ok xde apa2 yg serius..insyaAllah everything will be ok..luv you ols!muahh!

my MeL0...


this is my cat..i really love him..hehe..he is so active,spoiled,has a sharp claws..let me introduce to all of u my cat,MeL0.....2 years old..


try make up myself...



assalamua'laikum smua...hari ni saya main makeup2 heehee...m
emandangkn laptop adik ada webcam so aku pun saja2 make up myself mcm dalam youtube tu..cuma bezanya aku amik gmbar je bkn video..ni la hasilnya..tadaaaaa......

for my eyeshadow im using the gold,light brown n dark brown colors..a little bit highlight on my eyebrow..
for my cheek,i just put little bit pinky rose..hehe..
and my lip im using a sweet pink..haha...xtaula lantakla labu...am i crazy?yess i do...hihi..but dun worry coz i still in good health even though im crazy..plz dont try this at home..weee...

terperasan comel plak,huhu...

Monday, February 7, 2011

Cukup cintai dia dalam diam


Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..


Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)


~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~


sumber dari http://www.facebook.com/note.php?note_id=163228937060247&id=100000538094606

Sunday, February 6, 2011

hari pertunangan My BFF,Housemate,Roomate,coursemate and mate2!






salam semua...pd 3hb Feb 2011 aritu merupakan hari terindah buat sahabat baik aku iaitu Noraasikin bt Nasir...tahniah coz dah jadi tunangan org...hope bkekalan hingga ke jinjang pelamin n after that ke akhir hyt..ameen Ya Rabbi...jom kita skodeng sikit pd hari kenangan terindah dia...this photos was captured by my brother,Azrul Azis,add his FB http://www.facebook.com/profile.php?id=100000514065427

the Faces of me!






it's me...just me...

Sunday, January 30, 2011

jenJalan ke Gua Kelam dan Taman Ular

salam semua...jom jalan2 ke Perlis...pd thun lepas aku dan housemates jenjalan merayau ke Gua Kelam dan Taman Ular..memang best tp yg sedihnye xdpt msuk ke dlm gua kelam coz time tu air dr bukit deras dan dikhuatiri xselamat utk dikunjungi..dgn muka yg masam mncuka kami hnya merayau2 di luar sekitar Gua kelam tu..sadisnya..tp after that,i was come again n it was so exciting..pada sesiapa yg blum pernah bcuti ke perlis,silalah bkunjung ke Gua kelam..mmg best!

walaupun xdpt msuk tp kami still hepi..tgoklah pic atas ni..haaa....percaya x?

2nd place is more interesting..Bukit Air plak tmpat bmandi manda dan sebutan org belah utara ni Bukit Ayaq!hehe..kami dtg bukan utk mandi2 sungai bak puteri bunian tp sekadar tuk berpiknik yg xjadi piknik kt Gua Kelam pd masa tu..syoklah..if mmg dtg nk mandi mmg best tp kami xprepared baju lebih coz ingat nk berpikinik aje..makan n makan smpai kenyang..dah kenyang kami pergi Taman Ular..org utara sebut Taman Ulaq!ada byk spesis ulaq ni..ada yg bersaiz kecil smpailah saiz besar..ada jugakla haiwan lain terselit cthnya buaya,beaver,burung dll..


end..welcome to Perlis......

Saturday, January 29, 2011

menghitung Hari terindah..

...ehee...

Friday, January 28, 2011

Mutiara Islam Hari Ini


Apabila akhirat ada dalam hati,maka dtglah dunia menemaninya..Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya..itu kerana akhirat mulia dan dermawan sedangkan dunia adalah hina..

~Abu Sulaiman Ad Daroni~

Wednesday, January 26, 2011

Always Loving yoU,Mr D..

Love sometimes make you cry.
love sometimes make you laugh,
love sometimes make you crazy,
love sometimes make you calm,
love sometimes make you angry,
love is unpredictable feelings..

for someone that i love,
for someone that i want to live with,
for someone that can give me all the feelings,
for someone that who love me so strong,
for someone that never feel boring being with me,
for someone that who want me to be his wife..

he is a man,
he is hamba Allah swt.
he is my hero,
he is I'm really concern and care,
he is making my heart beat fast,
he is my future husband..

love will never end till the last breath..will you be my Mr Right, Mr D?

Wednesday, January 19, 2011

hari yg penuh suka dan duka

salam semua..hari ni memang penuh dengan suka dan duka..ada pahit,manis,masam n masin..hihi..pendekkan cerita ada beberapa kisah suka dan duka utk hari ini sahaja..nak tau cerita tak?huhu..ok2 aku citer ni..

kisah duka 1:buat Pilot Test

arini distribute questionnaires to all academician especially lecturers...sedihnya ada byk komen2 negative bkenaan questionnaires kami berempat..huhu..dah la pulun habis2an cari questionnaire pastu kena komen kaw2 punyer..after that,some lect nk tgok kami pnya frameworks for our thesis..then,overall we got negative comments..we felt so down at that time..nangis dlm ati je..finally we decided to see our supervisor,Dr amlus..dgn harapan dpt mrujuk our daddy pnya opinions n comments plak..sadisnyee..sambungg..

kisah duka 2:nenek kt sarawak masuk ward..

nenek kena high blood pressure...sedihnya bila dpt tau from my cousin yg tggal kt swk nenek msuk ward...gugur jntung bila tau nenek sakit..jgn main2 tau,drh tggi ni boleh akibatkn stroke..xdpt nk buat apa coz aku jauh di sini..hnya doa je yg dpt aku beri smoga nenek cpt sembuh..my love grandma,hajah sa'adiah smoga cpt sembuh ye..ameen..

kisah suka 1 plak:junior oh junior

alahai aku ni dah 26thun dik oii..time tu kt lab,uum cari journals..masa nk kuar dr lab ada 3junior lebih kurg sebaya adik aku dlm 20thn atau kurg bkongsi 2pc..time nk out dr lab tu,they say "hye,awk nk alik dah ke?"ellooo..im older than u ols ok..they should call me akak..hehe..tp time tu tdetik dlm ati..aku ni nmpak muda n wajah babyface kot..hihi..tperasan kejap..huhu..


kisah suka 2:lega lepas jmpa Dr amlus

i love u dr amlus...kami mngadu la byk lecturers komen mcm2 psal questionnaire kami tu..then jwpn dia always positive n mnyenangkan..he's Dr level...ofcoz he knows how to argue the comments by the respondents...i mean the academician td la...fuhh lega n heppi..smbil blagu riang..kalau x,tadi muka monyok je..p/s:monyok2 pun ada pgkat adik2 ngorat..hihi..aduhhh nk tgelakkk..haishh..sekian wslm...

Saturday, January 15, 2011

mutiara kata hari Ini..


salam semua..

Manusia itu mengikut agama kawannya.Maka hendaklah diperhatikan siapa yg hendak menjadi kawannya...

buat Para saHabatku



Monday, January 10, 2011

Ana Raffali mmg patut menang..

Assalamua'laikum sahabat2 sekalian..

ha,kenapa aku post entry mngenai Ana Raffali mmg ptut menang sebab semalam baru berlangsungnya Anugerah Juara Lagu..mmg menarik dan persembahan yg mntop drpda finalis2 AJL.Tahniah pd smuanya yg telah mendendangkn lagu masing2 dgn cara persembahan tersendiri...

Jika diamati dan diberi kesimpulan,rmai yg mnyatakan ketidak puasan hati masing2 atas kemenangan di tmpat pertama iaitu Ana Raffali dgn lagu "Tolong Ingatkan Aku"..mmg persembahan dr segi vokal dia biasa2 saje dan perlu diperbaiki lg..tp dr segi lagu dan liriknya mmg awesome la..knape aku kata mcmni sebab lirik lagu Ana ni adalah bait2 puisi yg dalam mksudnya..jika org lain mybe xbegitu teliti lirik lagu ni coz kdg2 sebutan Ana Raffali mnyanyi xbrapa jelas..mybe ada 'slang' omputih skit..hehe..well,di sni aku sertakan lirik lagu Ana Raffali dlm AJL semalam..cuba hayati dalam2...fokus2..hihi




Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita