Monday, May 10, 2010

selamat hari ibu!


assalamualaikum semua..

tanggal 9hb mei merupakan hari ibu sedunia.Aku tak lepas daripda mengucapkan 'selamat hari ibu' buat bondaku zaiton binti hj Angkut..

jika tiada wanita bernama ibu,maka tiadalah kita di dunia ini.Atas izinNya,zuriat dan keturunan nabi Adam as diteruskan dgn adanya kaum hawa yg bernama ibu..

dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .

Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan “ah” sekalipun.

malah dalam Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 menyatakan sayangilah ibu dan bapa dan jagailah mereka hingga ke akhir hyat mereka jika dipjgkn umur.Setiap tutur budi bicara juga harus dijaga supaya tidak menyinngung perasaan mereka kerna jika ianya terjadi,kita boleh dianggap derhaka..

wahai para sahabatku,sentiasalah meminta maaf terhadap bonda/ibu2 mu kerna bkn shja ingin mnjadi anak yg taat malah ianya sudah tertulis bahwa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu..

doaku buat ibuku Zaiton bt hj Angkut:
"Ya Allah,saat ini ku menadahkan doa memohon kepadamu ya Allah ampunilah dosa2 ibuku dosa2ku yg mgkin telah mbuat ibu bkecil hati, sedih dan kesal, ya Ghaffar ya Rahim, Engkau telah meletakkanku dlm rahim ibuku dan Engkau amanahkn ibuku agar sntiasa mberi lindungan dan kasih syg kpda ku..ya Allah,berikanlah balasan syurga kpda ibuku mohon dipnjangkan umur ibuku dan berilah hambamu ini peluang tuk memberi kesenangan sblum ibuku mnutup mata buat slamanya..kabulkanlah doaku ini ya Allah ,,amen ya rabbal a'lamin..

0 comments: