Thursday, April 22, 2010

BiHun Soup!

Aslmkum..hye bersua kembali!Petang td baru berbuka puasa sunat dgn housemates dan menu untuk berbuka puasa pd petang ni adalah "bihun soup"..


Bahan2nya adalah:

  1. bawang merah dan putih(dicincang)
  2. sedikit halia(ditumbuk xbrapa lumat)
  3. cili padi(ikut suka smada nk pedas sgt or x)
  4. ayam(potong dadu)
  5. bebola ikan
  6. telur 2biji
  7. lobak merah
  8. bunga kubis
  9. sawi
  10. jagung muda
  11. kubis
  12. kentang
  13. tomato
  14. kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang
  15. sos tiram dan kicap
  16. air
  17. garam secukup rasa
  18. gula
  19. bihun
cara membuatnya:
  1. Masukan bhn 1,2 dan 3 sehingga naik baunya ke dlm periuk yg pnas dgn minyak.Masukkan bhn 14.
  2. Setelah naik baunya,msukkan ayam, bebola ikan dan air sedikit.Biarkan sehingga mendidih.
  3. Kmudian msukkan bhn 7,8,10 dan 12.Jgn tggu mendidih sgt,pastu masukkan air byk sikit ke dlm periuk tu.
  4. Masukkan sedikit sos tiram,kicap,garam, dan gula sedikit.
  5. Pecahkan 2biji telur ke dalam periuk.Jgn kacau dulu.
  6. Lastly,masukkan sayur sawi,kubis dan tomato.Then baru boleh kacau rata.
  7. bihun direndam dalam air panas selama beberapa minit.
  8. Da siap!boleh disajikan untuk 4org.Cubalah sendiri..

doa dimurahkan rezeki,penenang fikiran dan hati serta ketenteraman jiwa..

>klik pada doa diatas untuk melihat lebih jelas<

Sheikh Ad-Dumairi dalam kitab Hayatul Hayawan berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As'ad, dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai' Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca dzikir dan berdoa selesai sholat lima waktu, khususnya sesudah sholat Jum’at, maka ia dijaga oleh Allah dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta dimudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali pada waktu seperti tersebut.


p/s:untuk dikongsi bersama...

Wednesday, April 21, 2010

selamat ulangtahun zaza! Yg ke 25..


Assalamualaikum...Alhamdulillah bersyukur kpda Maha Pencipta kerna aku sudah dilanjutkn usia ke 25 tahun.Tangisan kesyukuran ini juga adalah buat emak abah yg selama ini bersusah payah menjagaku sehingga skrg dan tnpa mereka tiadalah aku di muka bumi ini.Aku doakan pd Allah SWT supaya memberikan balasan syurga kpda emak abah di akhirat nanti.Ameenn...



Pada 14 April 2010,jam 4.30pm...

Fizah n Zah mengajak aku dan nora makan di luar..Pada ketika itu aku tak mengesyaki apa2 sebab masa tu aku memang tahap lapar.Tak kusangka mereka membawaku ke Radix Chicken House yg sememangnya terkenal dengan nasi ayam.Memang sedap lah makan2 kat situ.Jadi,aku pun menuruti sahaja keinginan dorang. selepas membuat pesanan di kaunter,kami terus mencari tempat duduk yg selesa.



Tiba2 fizah keluar untuk mengambil sesuatu dalam keretanya.Pada masa tu aku masih xmengesyaki apa2 lagi. Then,fizah dan zah membawa sekotak kek dan present tuk aku.Aku xmenyangka mereka akan menyambut hari ulangtahunku awal sehari sebelum 15 april,tapi xmengapalah coz aku happy sgt dapat kenal housemates mcm fizah,nora dan zah ni..


Kepada housemates ku...walaupun terawal sehari sambutan besdayku,tp aku happy sgt atas sambutan bufday ni..doakn aku panjang umur dan dimurahkan rezki k..ameenn...Terima kasih byk pd korg..zaza syg sgt kat korg...hahaha..(^_^)y



Pada 16 April 2010..

Menunggu ketibaan org yg tersayang dr Airport Alor Star..Sememangnya ketibaan dia ditunggu2 selama ni.Alhamdulillah dia selamat sampai.Kami meraikan ulangtahunku di Penang.Dia membawa bersamanya sejambak bunga ros,sebentuk cincin dan sebijik kek untuk diraikan bersamanya..Katanya,ni sambil misi untuk memujuk agar bersamanya kembali..setelah mendengar penjelasannya dan hati ini masih lagi menyayangi dan mencintainya,ku terima maafnya..








Thank u vr much syg..and i'll always loving u..No more hurt feelings ok! I love u Mr D for the 7years 1 month that we're still together..Thank u syg..


p/s:to all my friends yg wish my bufday,thank u so much n muahxx!thanks to my rumet for the wish at ur blog!Love u ols!

sampai menutup mata...


by Acha Septriasa

embun di pagi buta
menebarkan bau basah
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

reff:
aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

repeat reff

p/s:just for you my Love Mr Dil..

Monday, April 5, 2010

hari Konvokesyen ke23

assalamualaikum..atas permintaan seseorg aku akan perlihatkan segala suka duka yg berlaku serta suasana sepintas lalu semasa pesta konvo yg berlangsung pada 27-29 mac 2010.Tahniah pada adik2 junior yg baru mendapat segulung ijazah!



hari pnyampaian scroll diadakan 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi ptg..suasana yg mgamit rasa kesedihan kegembiraan terlihat di wajah ayahanda dan bonda masing2..harap2 tahun ni atau thun depan merupakan hari konvokesyen buat kami berempat pulak iaitu aku,fizah,nora dan za..amin...

Thursday, March 4, 2010

Krisdayanti – Menanti Cinta

sejak lama aku berdiri

dalam sepinya rongga hati

tak satu pun burung

mampu menjawab


* hanya padaMu ku bertanya

lewat setiap sujudku ini

siapa kah nanti

cinta untukku


reff:

wahai penilai hati lihat batinku

nyaris bernanah karna luka tersayat

merana menantikan cinta dan kasih hidupku


rahasia itu hanya Kau yang tahu

namun aku tak mau jadi tuna cinta

tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku


repeat *

repeat reff


rahasia itu hanya Kau yang tahu

namun aku tak mau jadi tuna cinta

namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu



Lirik lagu Krisdayanti – Menanti Cinta ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Krisdayanti – Menanti Cinta.

Wednesday, March 3, 2010

aku,makanan,diet dan...



Kemana2 pun aku pergi, pasti perutku berbunyi2 minta diisi.. Hai perut, bila kuikat aku yg merana dek kerna ada terdapat ruang2 kosong di perutku.Buat masa ni tempat2 kegemaran yg aku tuju semestinya KFC,Secret Recipe, Pizza Hut, McD dan lain2 merupakan tempat persinggahan ketika aku bersiar2 atau makan angin.Hurmm..


.

kalau nak makan pizza yang lazat, makanla kat pizza hut!


kalau nak coffee yang kaw2 dan sedap, minumla kat starbuck atau coffee bean!

kalau nak makan burger yang best sekali, makanla kat MCD!



kalau nak rasa kenikmatan kek, makanla kat secret recipe!



kalau nak makan ayam yang uihhh crispy2 best, makanla kat KFC!

Apa nak jadi pada diriku ni?Cakap nak diet, tapi tak jugak diet2.Malah semakin berselera..Beratku semakin bertambah dari 55kg ke 60kg..MasyaAllah...Sekarang aku cuba kawal nafsu makanku..Lagipun ketika berada di rumah aku suka memasak lauk pauk kegemaranku.Memang berseleralah bila kita masak apa yang kita nak makan..ishk3x...tp buat masa sekarang, aku masih tahu had limit aku kalau nak makan pun asalkan tak terlebih.Lagipun duit kena berjimat juga.Alhamdulillah buat masa ni belum lagi terlebih belanja.HAhaha...


Zuharniza, kau boleh buat!Diet dan...........





mestila nak berjaya!Konvo master tahun ni!InsyaAllah!!!Amin...

Sunday, February 28, 2010

si keCik..

Assalamualaikum...


Sedih bila terkenang kembali kucingku yg diberi nama 'kecik'.. kecik adalah seekor kucing yg comel, nakal, kuat mamam dan kuat merayau. Mama antara org yg paling sygkan kecik sebab hari2 dia yg akan bagi mamam sikecik. Sebab tu la kecik tersangat manja dengan mama..(T_T)



Pada suatu hari, entahla aku tak ingat berapa h
aribulan dan bulan berapa tapi yg aku ingat thn lepas 2009 satu kejadian malang telah menimpa kecik.Ketika itu semua penduduk Taman Bukit Tiram sedang lena diulit mimpi termasuk aku..Tiba2 kedengaran suara anjing-anjing menyalak dengan nyaring di depan umah..aku fikirkan ada anjing b'gaduh takpun mereka berborak sesama mereka kot..haha..



Aku buat tak kesah la wpun telinga ni bingit dengar nyalakan anjing2 tu...aiyooo...tiba2 aku terdengar bunyi kecik mengiau dengan kuat seolah2 bergaduh. Alamak,tu bunyi kecik. Pastu aku dikejutkan
adik aku suruh turun ke bawah tengok apa yg berlaku sebab baru td kedengaran kecik mengiau macam kesakitan...



Huhu..macam tak percaya dengan apa yg aku nampak.Kamu tau ape yg aku nampak? Aku nampak kecik dibaham anjing2 liar di luar rumah. Salah seekor anjing yg berwarna hitam masuk dan menyerbu tempat kecik tido. Mas
yaAllah..Maafla, aku ni penyayangkan haiwan, jadi aku tak boleh lihat haiwan kesayangan aku dalam kesakitan atau mati. Terus aku amik penyapu dan meluru keluar mengusir dan cuba membelasah anjing tu tapi tak sempat sebab anjing2 tu da lari...


Aku meratapi keadaan kecik yg dalam keadaan nyawa2 ikan da masa tu juga dengan tiba2 mindaku ter'flashback' memori bersama kecik. Meraung2 aku tengok keadaan kecik pagi tu tanpa peduli jiran2 sebelah terdengar tangisanku.Mama dan adik pun turut bersedih sebab kucing kesayangan kami dah takde dan pergi buat selamanya.


Huhuhuhu...Abah keje sampai pagi masa tu..Bila dia balik barulah kami menceritakan yg sebenarnya kat abah..Abah cakap, memang ada penduduk taman ni membiarkan anjingnya berkeliaran...


Kecik...aku amat merinduimu...sayang meowku..


p/s:maafla aku post entry yg entah ape2 ni sebab aku terkenangkan kecik, kucing kesayangan aku..sampaikan aku dah padam semua video2 yang
aku rakam bersama kecik..sedih...entry ni cuma nak kongsi kesedihan dengan kamu semua. Bukannya apa, aku ni sangat suka kan haiwan peliharaan..(T_T)..huhu


Friday, February 26, 2010

Happy beZday fiZah.....

23hb feb 2010..

perancangan demi perancangan telah kami fikirkan lantas kami memutuskan untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran nor hafizah iaitu teman serumah kami di pulau pinang!Kebetulan ketika itu kami mmg berhajat nak ke penang buat facial muka..hihi..lihatlah hasilnya....


habis kami tawaf satu Jusco Seberang Perai tu.mencari....cari...cari ape?mestila hadiah dan cari tempat yang strategik tuk simangsa(fizah)...kami berehat sebentar dek kerna kepenatan dan kelaparan..huhu...pagi td dlm perjalanan kami dah mkn nasi lemak kat RnR Gurun..jam dah mnunjukkan pkul 2 lebih xsilap,trus kami msuk dlm supermarket jusco jalan2 cari snacks.. last2 aku dan za mkn sushi manakala nora mkn ayam goreng..yumyum..

hmm...pas dah kenyang,kami cari hadiah dan solat zohor..da dapat apa yg dicari?dah...tengokla kt bawah ni..






fizah dah datangggg!!cepat terus bgkus hadiah dan menuju lokasi seterusnya..Ke mana?mana lagi kalau bukan Secret Recepi!OK..pura2 takde ape2 berlaku dan blagak seperti biasa.kami meng'order' kek dan mkn kat situ..secara tibe2 kami kejutkan fizah dengan menghulurkan hadiah tersebut sambil mengucapkan hepi bufday bkali2 kepadanya... Mission com plete! Yess..

mangsa senyum sampai ke telinga dan mngucapkan berbanyak terima kasih kpda kami...kepada nor hafizah,kini umurmu sudah kian meningkat...semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat...semoga dipnjangkan umur dan dimurahkan rezki oleh Allah SWT...Last but not least,we r hepi for being ur frens,ur housemates, n also ur cousemates..Thanks 4 everything!muahxxx!!ukhuwah selamanya......



end.............

Thursday, February 25, 2010

Siapalah jodohku..




Assalamualaikum pembuka bicara..


sejak dulu aku sering tertanya2 siapalah jodohku?adakah org yg kita cintai merupakan jodoh buat diri kita?persoalan demi persoalan timbul dibenak fikiran ku..Ya Allah,pertemukanlah jodoh yg baik untuk ku...inilah doaku setiap hari...lantaran pabila tgnku menadah untuk memanjatkan doa, aku meminta pada yg Maha Esa supaya memakbulkn doa2 ku...sesungguhnya jodoh itu ketentuanMu...





mesti kita memikirkan siapalah jodoh buat kita kan?kita serupa...tapi aku hnya berserah pada yg Esa...Berkahwin?Biarla kita bersedia dari semua segi...kita berkahwin bkn kerna mementingkan perasaan dan ikatan cinta yg terjalin shja tp biarlah kita berkahwin demi Allah dan para RasulNya...dan bila sudah sampai masanya,bila ia dtg mjemputmu untuk membina sebuah mahligai bahagia,bahagiakanlah pasanganmu dan seterusnya lahirkanlah zuriat yg soleh dan solehah...




Ya Allah...jika benar dia jodohku,pertemukanlah kami dlm ikatan yg suci yakni perkahwinan dan jika dia bkn jodohku aku terima dan redha akan ketentuanMu..istikarah....


Love u Mr DiL...